Anugerah Gemilang 2019:

25 penerima telah berjaya dianugerahkan geran pelajar

Pada 27 Mac 2019, 25 orang penerima yang diiringi oleh ibu bapa dan pengurus Pusat Internet telah dibawa ke Menara Maxis untuk sebuah majlis penyampaian anugerah khas untuk meraikan kejayaan mereka dalam meningkatkan prestasi akademik mereka di sekolah masing-masing.

Encik Al-Ishsal Ishak selaku Pengerusi SKMM menyampaikan geran kepada para pelajar dan berpeluang untuk melawat pameran khas eKelas. Beliau turut diiringi oleh Raja Tan Sri Arshad, Pengerusi Maxis dan Gokhan Ogut, bakal Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Ini adalah tahun kedua Anugerah Gemilang diberikan kepada pelajar eKelas yang layak. Ia adalah sebuah skim yang direka khas untuk mengiktiraf usaha pelajar selain memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Untuk melayakkan diri, pemohon mesti mencapai minimum peningkatan SATU gred dalam mana-mana 2 atau kesemua 3 mata pelajaran yang diajar dalam program eKelas (Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) untuk dipertimbangkan.

Semua pelajar eKelas yang telah berdaftar dan mengambil bahagian dalam program ini adalah dialu-alukan untuk merebut peluang keemasan untuk mendapatkan geran ini.

Hantarkan permohonan anda SEKARANG!

Anugerah Gemilang eKelas yang lebih baik untuk tahun 2020!

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf anda, para pelajar eKelas yang telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam pembelajaran yang paling ketara! Maxis inginkan anda mempunyai inspirasi dan motivasi diri yang tinggi untuk mencapai kejayaan di dalam pembelajaran anda. Jika anda telah menunjukkan peningkatan dalam keputusan peperiksaan tahun ini dalam 3 subjek yang diajar dalam eKelas (B. Inggeris, Matematik dan Sains), anda layak untuk memohon geran ini. Sebuah majlis khas untuk meraikan semua penerima geran akan dianjurkan pada bulan Mac 2020! Ketahui dengan lebih lanjut cara-cara untuk menjadi penerima Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas ini! Adakah anda memenuhi kriteria yang diperlukan?

Semua pelajar eKelas Maxis dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5 yang telah mengikuti program eKelas di semua Pusat Internet yang terlibat adalah layak untuk memohon.

Pemohon mestilah telah berdaftar dengan eKelas sebelum atau sejak 1 Jun 2019.

Geran sehingga RM1,200 tunai sebagai simpanan untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berserta dengan pek permulaan persekolahan.

Penerima juga akan disampaikan sebuah sijil rasmi eKelas sebagai satu bentuk pengiktirafan pencapaian mereka.

Anugerah Gemilang eKelas memberi ganjaran kepada pelajar yang telah menunjukkan peningkatan prestasi yang terbaik. Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya peningkatan satu gred yang lebih baik dalam mana-mana 2 atau 3 subjek yang diajar di dalam program eKelas, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Penilaian dibuat berdasarkan keputusan anda bagi peperiksaan pertengahan tahun yang digunakan sebagai asas penilaian DAN keputusan peperiksaan akhir tahun/UPSR/PT3/SPM di mana terdapat peningkatan prestasi.

(Nota: Untuk pelajar SPM, anda boleh menghantar keputusan peperiksaan percubaan SPM 2019)

Anda perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred contohnya:

  • Gred E meningkat ke D
  • Gred D meningkat ke C
  • Gred C meningkat ke B
  • Gred B meningkat ke A

Sila ambil maklum bahawa pemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih, dan kriteria tahun 2020 mungkin berlainan dengan tahun sebelumnya. Semua keputusan akhir adalah hak jawatankuasa ini.

Tahniah dan kami berbangga dengan kecemerlangan anda! Walaubagaimanapun, anda tidak layak untuk memohon geran ini kerana Anugerah Gemilang eKelas bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di dalam peperiksaan mereka.

Ya! Sekiranya anda memenuhi semua kriteria kelayakan permohonan, anda boleh membuat permohonan sekali lagi. Pemohon dan penerima geran tahun sebelumnya dibenarkan untuk memohon bagi tahun seterusnya dengan syarat semua kriteria untuk tahun tersebut berjaya dipenuhi.

Anda perlu memuatnaik:

  • Keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2019
  • Keputusan peperiksaan akhir tahun/UPSR/PT3/peperiksaan percubaan SPM 2019

NOTA: Semua dokumen di atas mesti diperolehi melalui saluran rasmi sekolah masing-masing

  • ‘Screen capture’ profil anda di portal eKelas. Pastikan nama anda, tarikh daftar portal dan jumlah mata portal jelas kelihatan.

NOTA:

Borang permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertai dengan dokumen yang berkenaan tidak akan dibenarkan untuk ke proses saringan seterusnya.

Tiada had kepada jumlah permohonan yang diterima/dihantar oleh sesebuah keluarga.

Tempoh masa permohonan adalah mulai 30 Disember 2019 hingga 31 Januari 2020. Anda boleh membuat permohonan di sini.

Permohonan oleh penerima geran yang berjaya akan dimaklumkan pada bulan Februari 2020.

Tidak. Semua permohonan akan disaring dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa khas. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

Maklumat dan Soalan Lazim

Hantar permohonan dan dokumen sokongan

Semak Status Permohonan

TOP