Membawakan Pembelajaran Secara Digital kepada Komuniti

Program Maxis eKelas merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar dalam komuniti luar bandar. Fokusnya adalah pada tiga subjek - Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris - untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5. eKelas menawarkan persekitaran pembelajaran campuran untuk pelajar – iaitu kombinasi pengajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan. Program ini adalah hasil daripada kerjasama Maxis dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana ia dijalankan di Pusat Internet mereka yang berfungsi sebagai hab digital untuk komuniti-komuniti di kawasan yang kurang mendapat liputan.

TOP