Misi Guru

Misi Guru

Screenshot_30
Misi Guru khas sempena Misi Jelajah Digital 2022!

Guru-guru yang dihormati, misi ini adalah KHAS untuk anda:
Galakkan pelajar anda belajar STEM dengan eKelas dan sertai Misi Jelajah Digital, dan menangi ganjaran yang menarik untuk sekolah anda!

 

Apa yang boleh saya dapati dari Misi Guru ini?

Sempena Cabaran STEM Misi Jelajah Digital yang sedang berlangsung, kami menawarkan hadiah dan ganjaran bernilai RM45,000 tambahan kepada sekolah dan pelajar.

Untuk menghargai pelajar dan guru atas sokongan penuh semangat yang mereka tunjukkan dalam Misi Jelajah Digital tahun ini, kami telah menyediakan ganjaran untuk 30 sekolah pertama yang mencapai sekurang-kurangnya:

  • 200 pendaftaran akaun dalam portal eKelas, DAN
  • 50 penyerahan tugasan mana-mana Misi sebelum tarikh akhir pertandingan pada 30 November!

 

Sekolah yang layak berpeluang mendapat RM1,500 dalam bentuk tajaan kewangan untuk acara di sekolah oleh Maxis eKelas!

 

Bagaimanakah tajaan Maxis eKelas boleh membantu sekolah saya?

Jumlah tajaan akan diberikan kepada sekolah yang menang dalam bentuk kredit. Pihak sekolah mempunyai kebebasan untuk memilih cara membelanjakan kredit — sama ada untuk membiayai aktiviti kokurikulum semasa Hari Sukan,  pek ‘Kembali ke Sekolah’ untuk pelajar yang memerlukan atau acara lain.

Nota:Sekolah yang menang dalam Misi Guru ini perlu mengemukakan cadangan pendek beserta maklumat tentang acara yang akan dianjurkan. Acara tersebut harus dianjurkan SELEPAS Misi Jelajah Digital ini tamat.

 

Baiklah, saya teruja! Bagaimanakah sekolah saya boleh mengambil bahagian?

Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) layak secara automatik untuk insentif ini selagi pelajar anda berdaftar di eKelas dan penyertaan mereka berjaya diserahkan untuk Pertandingan Misi Jelajah Digital sebelum atau pada tarikh tutup 09 Disember 2022.

Untuk layak mendapat ganjaran, sekolah hanya perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Sekurang-kurangnya 200 pendaftaran pelajar baharu di eKelas antara tempoh 17 Oktober hingga 09 Disember 2022.
  • Sekurang-kurangnya 50 penyerahan Misi Jelajah Digital antara tempoh 17 Oktober hingga 09 Disember 2022.

Memandangkan bilangan ganjaran yang terhad, hanya 30 sekolah pertama yang dijamin mendapat anugerah. Jadi jangan berlengah lagi!

 

Bagaimanakah saya boleh menjejaki keputusan sekolah saya?

Rujuk Papan Pendahulu Misi Guru dalam portal eKelas (Pendaftaran masuk ke Portal eKelas diperlukan). Keputusan dikemas kini setiap hari pada hari bekerja.

 

Adakah sekolah saya layak menyertai Misi Guru ini?

Misi Guru terbuka kepada semua sekolah di bawah KPM. Semak sama ada sekolah anda layak dengan merujuk pautan ini. (Nota: Hanya “Sekolah Rendah” dan “Sekolah Menengah” yang berdaftar sebagai sekolah “Awam” layak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini)

 

Bagaimana saya ingin ketahui lebih lanjut tentang Misi Jelajah Digital dan cara untuk mendaftar akaun eKelas?

Jangan risau! Sila rujuk Kit Guru yang dilampirkan di bawah.

Kit Guru Misi Jelajah Digital 2022

 

Saya mempunyai lebih banyak soalan tentang Misi Jelajah Digital dan Misi Guru. Siapa yang boleh saya hubungi?

Anda boleh emel sebarang pertanyaan ke ekelas@maxis.com.my atau taipkan soalan anda dalam kumpulan Telegram CikguHub khusus kami untuk jawapan pantas.

Ikuti akaun media sosial Maxis eKelas untuk perkembangan terkini dan berita terbaharu mengenai program ini

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives