Misi Jelajah Digital 2022
Buat 3 tugasan Misi sebelum 9 Disember untuk dapat markah PAJSK dan hadiah!

Daftar akaun eKelas untuk mulakan tugasan anda!
Di Maxis eKelas, anda boleh menerokai misi digital yang memerlukan anda mengasah kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah sains dan membayangkan dunia teknologi masa depan. Sertai Misi Jelajah Digital dan menangi komputer riba, tablet, dan hadiah menarik! Jom belajar STEM dengan seronok!
- Terbuka kepada SEMUA pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang telah mendaftar akaun dengan Maxis eKelas
- Rebut peluang menangi hadiah menarik dan kumpul markah kokurikulum (PAJSK) peringkat Kebangsaan.
-
Tempoh pertandingan: 20 September 2022 – 09 Disember 2022
MISI JELAJAH DIGITAL: PENERANGAN MISI
Misi 1: Jelajah Roblox
Jelajahi dunia Maxis eKelas khas yang kami bina dalam aplikasi Roblox dan selesaikan trivia mengenai STEM untuk mengumpul mata. Rebut 10 tempat teratas dalam papan pemenang mengikut tahap anda!
Misi 2: Kodkan Permainan Sendiri
Belajar cara guna aplikasi SCRATCH dan gunakan imaginasi untuk membina permainan anda sendiri yang mencabar dan menarik.
Misi 3: Bina Dunia Masa Depan
Bayangkan dunia ini pada tahun 2050! Lakarkan bagaimana rupa kenderaan, sekolah dan bandar pada masa hadapan dan realisasikan imaginasi anda mengenai dunia yang penuh teknologi maju di atas kertas.
CARA UNTUK MENYERTAI
LANGKAH 1 Daftar akaun Maxis eKelas melalui portal atau aplikasi di Google Play atau App Store |
LANGKAH 2 Daftar masuk dan ikuti modul pembelajaran dalam menu “Misi Jelajah Digital” |
LANGKAH 3 Lengkapkan tugasan dan muat naik dalam portal |
Peserta akan dibahagikan kepada 3 Tahap:
- Tahap 1 (SEKOLAH RENDAH) – Tahun 4 hingga Tahun 6
- Tahap 2 (MENENGAH RENDAH) – Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
- Tahap 3 (MENENGAH ATAS) – Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
Untuk membantu anda melengkapkan tugasan-tugasan dalam misi, kami telah menyediakan video dan modul untuk anda belajar cara untuk coding, menggunakan aplikasi Roblox dan Scratch, dan memahami secara mendalam mengenai keperluan dan cabaran untuk merealisasikan dunia masa hadapan.
Selain mengikuti modul rujukan, eKelas juga menganjurkan beberapa bengkel secara langsung melalui YouTube untuk membimbing cara-cara untuk menyelesaikan tugasan dan memberi inspirasi untuk semua.
Semuanya boleh dipelajari dan diakses secara PERCUMA dalam portal ini.
Sedia untuk mula?
HADIAH UNTUK DIMENANGI
Selain itu, semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil penyertaan dari eKelas dan boleh mengumpul markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di sekolah masing-masing untuk Penyertaan. Bagi para pemenang, mereka akan juga mendapat markah tambahan Pencapaian.
PERHATIAN: Untuk maklumat lanjut tentang markah PAJSK, sila rujuk guru sekolah anda.
RAKAN KOLABORASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NAK KETAHUI LEBIH LANJUT
Rujuk kepada Soalan Lazim dan Terma & Syarat di bawah.
Ikuti akaun media sosial Maxis eKelas untuk perkembangan terkini dan berita terbaharu mengenai program ini
TENTANG eKELAS
Terokai dunia belajar lebih seronok dengan Maxis eKelas! Program komuniti perdana Maxis ini memfokuskan pembelajaran digital selepas sekolah untuk subjek utama iaitu Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Bahasa Melayu untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, selain membina kemahiran pelajar dalam dunia siber, STEM dan banyak lagi!
Pelajar seluruh Malaysia adalah digalakkan untuk menyertai eKelas dan mendapat sumber belajar melalui:
- Pembelajaran atas talian dengan guru berpengalaman
- Nota, video, soalan peperiksaan, kuiz dan banyak lagi
- Projek digital dan cabaran yang menarik dan seronok
- Pendaftaran dan akses percuma untuk semua. Tiada caj data untuk pelanggan Maxis dan Hotlink
Jom daftar dan mula belajar dengan mudah dan seronok!