Sertai dua misi dalam pertandingan ini. Mudah saja, cuma daftar percuma untuk memasuki portal Maxis eKelas, baca maklumat lanjut dan akses modul video untuk panduan terperinci bagi setiap misi:
MISI BUMI
Babak 1: Wira Dunia Roblox
Selesaikan cabaran dalam dunia Roblox eKelas dan bertanding dengan pemain lain dari seluruh Malaysia untuk tempat pertama di papan pendahulu!
Babak 2: Pakar Coding Roblox
Belajar mengekod rintangan dalam dunia ciptaan anda sendiri! Untuk adik-adik yang belum mahir, jangan risau - kami juga menyediakan modul-modul untuk membimbing anda bermain dan 'coding' dalam Roblox dalam portal eKelas.
Kategori: Junior dan Senior (Tahun 4 hingga Tingkatan 5)
MISI MARIKH
Babak 1: Jelajah ke Marikh
Lukiskan rekabentuk kapal angkasa yang mampu menampung keperluan pasukan anda untuk mendarat di sana.
Kategori: Junior (Tahun 4 hingga Tingkatan 1)
Babak 2: Koloni Pertama Marikh
Adakah planet Marikh selamat untuk didiami? Guna kepintaran anda dan hantar pelan cadangan koloni anda kepada kami.
Kategori: Senior (Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5)
Untuk membantu anda melengkapkan tugasan-tugasan dalam misi, kami telah menyediakan video dan modul untuk anda belajar cara untuk coding, menggunakan aplikasi Roblox dan Scratch, dan memahami secara mendalam mengenai keperluan dan cabaran penerokaan angkasa lepas.
Selain mengikuti modul rujukan, eKelas juga menganjurkan beberapa bengkel secara langsung melalui YouTube untuk membimbing cara-cara untuk menyelesaikan tugasan dan memberi inspirasi untuk semua. Jadual sesi adalah seperti di bawah. Sila klik pautan untuk menyertai slot pilihan anda.
Terokai dunia belajar lebih seronok dengan Maxis eKelas! Program komuniti perdana Maxis ini memfokuskan pembelajaran digital selepas sekolah untuk tiga subjek utama iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, selain membina kemahiran pelajar dalam dunia siber, STEM dan banyak lagi!
Pelajar seluruh Malaysia adalah digalakkan untuk menyertai eKelas dan mendapat sumber belajar melalui:
Pembelajaran atas talian dengan guru berpengalaman
Nota, video, soalan peperiksaan, kuiz dan banyak lagi
Projek digital dan cabaran yang menarik dan seronok
Pendaftaran dan akses percuma untuk semua. Tiada caj data untuk pelanggan Maxis dan Hotlink
Terokai dunia belajar lebih seronok dengan Maxis eKelas! Program komuniti perdana Maxis ini memfokuskan pembelajaran digital selepas sekolah untuk tiga subjek utama iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5, selain membina kemahiran pelajar dalam dunia siber, STEM dan banyak lagi!
Pelajar seluruh Malaysia adalah digalakkan untuk menyertai eKelas dan mendapat sumber belajar melalui