MAXIS eKELAS
March 25, 2021 2022-12-21 8:12MAXIS eKELAS
#item3
Membawakan
Pembelajaran
Digital kepada
Komuniti
Maxis eKelas
eKelas adalah sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.
Program ini memfokuskan kepada tiga subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 seluruh negara.
Portal eKelas mengandungi nota rujukan, video pembelajaran, kuiz, pertandingan, tugasan dalam talian dan saluran untuk pelajar, guru dan ibubapa untuk berinteraksi sesama sendiri dan bertanyakan soalan berkaitan dengan pembelajaran. Pengguna portal dibimbing oleh seorang pengurus komuniti bergelar Abang Portal yang sedia membantu setiap Isnin hingga Khamis.
Untuk mengetahui cara-cara menggunakan portal, sila tonton video ini.
Pelajar kami didedahkan kepada suasana e-pembelajaran yang menyeronokkan & ceria bersama dengan sukarelawan Maxis melalui

Bengkel drama dan esei bahasa Inggeris

Kem percutian eKelas

Bengkel keselamatan Internet dan sesi motivasi

Klinik peperiksaan
Berita dan perkembangan terkini
Misi Kami
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Maxis bersama MCMC di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman, dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelaksanaan di sekolah.

Misi kami adalah untuk menyokong generasi akan datang bagi mencapai kecemerlangan akademik menerusi pendidikan digital dan memupuk pembangunan minda dan kemahiran untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dan berkembang maju pada masa akan datang.
Melalui hab digital ini, kami menawarkan:
- Tutorial dalam talian secara langsung oleh guru berpengalaman
- Aktiviti pembelajaran digital bersama pengurus komuniti portal
- Kandungan peperiksaan terutamanya untuk UPSR, PT3 dan SPM
- Kandungan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Bagaimana eKelas membantu anda?
Jom belajar sama-sama
Kami bantu anda belajar melalui tutorial dalam talian secara langsung, video penerangan dan nota padat untuk jadikan anda semua HebatDalamExam, dan beri anda peluang untuk sertai banyak aktiviti menarik dan seronok di luar kelas.

Fakta eKelas





TESTIMONI

John Mackwin anak Michael
SMK Kg Taee, Serian, Sarawak
Cik Alice
Pengetua, SK Puak, Bau, Sarawak
BERDEKATAN ANDA