1. Apakah pertandingan Bijak Siber dengan Geng Gajet?

Ini adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh Maxis eKelas, program komuniti oleh Maxis. Kandungan Bijak Siber dengan Geng Gajet telah dihasilkan bersama oleh Maxis dan Astro yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan mendidik penonton tentang kepentingan keselamatan di dunia siber dan membiasakan mereka dengan isu-isu utama yang mungkin dihadapi oleh pelajar semasa mereka dalam talian.