Anugerah Gemilang eKelas 2022

Anugerah Gemilang eKelas 2022

Picture1
Tingkatkan pencapaian anda dan menangi hadiah wang tunai!

Anugerah Gemilang eKelas adalah sebuah inisiatif dalam bentuk Geran Pelajar yang direka khas untuk mengiktiraf usaha pelajar selain memberi motivasi dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Geran Pelajar akan diberi dalam bentuk simpanan berjumlah RM600 dan RM1,200 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN Plus oleh PTPTN untuk penerima anugerah.

SIAPA BOLEH MENGAMBIL BAHAGIAN

  • Semua pelajar eKelas dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang telah berdaftar dan menyempurnakan ujian Penilaian Pra dan Akhir eKelas adalah dialu-alukan untuk merebut peluang keemasan untuk memohon geran ini.
  • Oleh kerana Anugerah Gemilang ialah sebuah geran pelajar untuk membantu menampung kos pembelajaran, inisiatif ini hanya terbuka kepada pelajar yang berasal dari keluarga B40 (pendapatan sekeluarga di bawah RM4,850 sebulan)

APAKAH KRITERIA ASAS UNTUK MEMOHON?

Hanya 3 langkah mudah:

LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3

 

Pastikan anda memenuhi Kriteria Asas ini:

  • Anda adalah pelajar Tingkatan 1 – Tingkatan 5
  • Anda telah berdaftar dalam portal eKelas sebagai “Pelajar” SEBELUM 31 Januari 2023
  • Anda seorang pelajar dari keluarga B40 (pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan)

Daftar masuk ke dalam portal eKelas dan klik menu Competition > Anugerah Gemilang

Ambil ujian Pra-Penilaian dan Akhir yang terdapat dalam bahagian modul di bawah laman tersebut

(Nota: Sila pastikan anda mengambil ujian untuk semua subjek yang diperlukan mengikut Tahun/Tingkatan anda)

Apabila tempoh permohonan dibuka pada 1 Disember 2022:

  • Ambil ujian Penilaian Akhir yang terdapat dalam bahagian modul di bawah laman Anugerah Gemilang
  • Isi borang permohonan Anugerah Gemilang
  • Muatnaik semua dokumen yang diperlukan

Anda memenuhi kriteria asas? Tahniah, anda telah layak untuk
memohon geran pelajar Anugerah Gemilang eKelas! Jika belum mempunyai akaun,
sila daftar akaun pelajar eKelas di sini:

 Ikuti akaun media sosial @maxisekelas untuk perkembangan terkini dan berita terbaru mengenai program ini:



Nak ketahui lebih lanjut?

Rujuk senarai soalan lazim di bawah. Jika ada soalan selain di dalam senarai ini, sila daftar masuk ke dalam portal dan tag @AbangPortal dalam laman Community.

1. Siapakah yang layak menjadi penerima Anugerah Gemilang eKelas ini?

  • Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang telah mendaftar akaun sebagai Pelajar dalam portal eKelas SEBELUM 31 Januari 2023.
  • Berasal dari keluarga B40 (Pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan)

 

2. Apakah ganjaran yang akan diterima oleh pemohon yang berjaya?

Geran bernilai RM1,200 atau RM600 tunai sebagai simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Plus) milik penerima. Penerima juga akan disampaikan sebuah sijil rasmi eKelas sebagai satu bentuk pengiktirafan pencapaian mereka dalam Majlis Penyampaian Anugerah Gemilang dalam bulan Mac 2023.

 

 3. Apakah kriteria yang perlu dipenuhi?

 Anugerah Gemilang eKelas memberi ganjaran kepada pelajar yang telah menunjukkan peningkatan prestasi yang terbaik. Anda perlu mencapai sekurang-kurangnya peningkatan satu gred yang lebih baik atau mengekalkan gred A, dalam semua subjek yang diajar di dalam program eKelas, iaitu Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

 Penilaian dibuat berdasarkan 2 perkara:

  1. Peningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/Percubaan SPM 2022 yang dibandingkan dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2021.
  2. Peningkatan dalam keputusan ujian Penilaian Akhir eKelas yang dibandingkan dengan keputusan ujian Pra-Penilaian eKelas.

 Anda perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred atau mengekalkan gred A, contohnya:

  • Gred E meningkat ke D
  • Gred D meningkat ke C
  • Gred C meningkat ke B
  • Gred B meningkat ke A
  • Gred A kekal di Gred A

Sila ambil maklum bahawa pemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih di Maxis, dan kriteria tahun 2022 mungkin berlainan dengan tahun sebelumnya. Semua keputusan akhir adalah hak jawatankuasa ini.

 

4. Sekiranya gred saya kekal pada gred A dalam semua subjek, adakah saya masih berpeluang untuk membuat permohonan geran ini?

 YA! Tahniah dan kami berbangga dengan kecemerlangan anda! Jika anda telah mendaftar dalam portal eKelas dan berasal dari keluarga B40, anda layak untuk memohon geran ini kerana Anugerah Gemilang eKelas bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan yang sangat ketara di dalam peperiksaan mereka.

 

5. Jika saya ialah salah seorang penerima geran ini pada tahun sebelumnya, bolehkah saya memohon lagi tahun ini?

 Ya! Sekiranya anda memenuhi semua kriteria kelayakan permohonan, anda boleh membuat permohonan sekali lagi. Pemohon dan penerima geran tahun sebelumnya dibenarkan untuk memohon bagi tahun seterusnya dengan syarat semua kriteria untuk tahun tersebut berjaya dipenuhi.

 

6. Saya ingin buat permohonan! Apakah dokumen yang perlu saya sediakan?

 Anda perlu memuatnaik:

  1. Tangkapan skrin laman profil anda di portal eKelas. Pastikan nama anda, tarikh daftar portal dan jumlah mata portal jelas kelihatan.
  2. Tangkapan skrin keputusan Pra-Penilaian dan Penilaian Akhir eKelas untuk kesemua subjek dalam portal eKelas.
  3. Keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 2021.
  4. Keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/peperiksaan percubaan SPM tahun 2022.

*NOTA: Keputusan peperiksaan mesti diperolehi melalui saluran rasmi sekolah masing-masing.

    6. Dokumen menunjukkan bukti pendapatan ibu bapa. [Contoh: Slip gaji ibu dan bapa, surat pengesahan pendapatan, surat akuan tidak bekerja)].**

**Nota: Dokumen #5 hendaklah mempunyai pengesahan daripada salah satu individu di bawah

  1. Ahli Parlimen
  2. ADUN
  3. Ketua Kampung
  4. Ketua JKKK
  5. Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas
  6. Pengetua Sekolah
  7. Jaksa Pendamai
  8. Pesuruhjaya Sumpah

 (Anugerah Gemilang hanya terbuka kepada pelajar dari keluarga dengan pendapatan keluarga DI BAWAH RM4,850 sebulan)

NOTA:

  • Borang permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertai dengan dokumen yang berkenaan tidak akan dibenarkan untuk ke proses saringan seterusnya.
  • Tiada had kepada jumlah permohonan yang diterima/dihantar oleh sesebuah keluarga.

 

7. Bila dan dimanakah boleh saya membuat permohonan ini?

 Tempoh masa permohonan adalah mulai 1 Disember 2022 hingga 31 Januari 2023. Anda boleh membuat permohonan melalui pautan yang akan dimuatnaik pada 1 Disember 2022 di laman Anugerah Gemilang dalam portala eKelas.

 

8. Bilakah saya boleh memeriksa keputusan permohonan saya?

 Permohonan oleh penerima geran yang berjaya akan dimaklumkan melalui portal ini pada penghujung bulan Februari 2023.

 

9. Jika saya ingin maklumat lebih lanjut, siapa yang boleh saya hubungi?

 Anda boleh menghantar soalan anda ke dalam laman Community dan tag @AbangPortal atau emel ke ekelas@maxis.com.my

 

10. Sekiranya permohonan saya tidak berjaya pada kali pertama, bolehkah saya membuat rayuan?

 Tidak. Semua permohonan akan disaring dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa khas. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.

 

 

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives