36 lagi Pusat Internet Komuniti (PIK) menyertai eKelas, melengkapkan pendaftaran kesemua 118 PIK kelolaan Maxis

36 lagi Pusat Internet Komuniti (PIK) menyertai eKelas, melengkapkan pendaftaran kesemua 118 PIK kelolaan Maxis

Briefing-36-PIK-Photo-1

Dengan 118 Pusat Internet Komuniti (PIK) di bawah jagaan Maxis, kami telah mengambil langkah proaktif untuk menawarkan program eKelas secara berperingkat kepada semua PIK sejak beberapa tahun yang lalu. Pada akhir bulan Februari baru-baru ini, eKelas telah mengadakan sesi taklimat bersama sejumlah 72 pengurus dan pembantu dari 36 PIK terakhir yang terletak di Sarawak, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak.

Semasa sesi taklimat tersebut, peserta diperkenalkan dengan program eKelas, jenis kandungan dan aktiviti yang tersedia untuk pelajar. Para peserta juga diberi panduan bagaimana mendorong pelajar di kawasan mereka untuk mendaftar di eKelas. Sebagai hab digital untuk komuniti, PIK dilengkapi dengan sambungan internet 20Mbps, 20 komputer desktop, serta projektor dan pembesar suara yang menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pelajar untuk mengakses portal eKelas, mengikuti tutorial langsung oleh guru berpengalaman melalui Zoom dan YouTube serta kandungan pembelajaran yang lain.

Para pengurus PIK sangat gembira dapat berkongsi eKelas dengan pelajar mereka. Oleh kerana kebanyakan mereka berada di kawasan yang sangat terpencil di negeri mereka, eKelas diharap akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat mereka. Salah seorang Pengurus PIK dari Pasir Pandak, Sarawak yang juga merupakan guru tuisyen kepada pelajar-pelajar di komuniti beliau berkongsi bahawa dengan semua video, nota dan kandungan di portal eKelas dan YouTube, dia akan dapat menggunakan bahan-bahan yang berkualiti untuk membimbing murid-muridnya.

Sesi taklimat melalui Zoom yang dihadiri oleh Pengurus PIK dan pembantu mereka.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives