300 calon SPM sertai Klinik SPM #HebatDalamExam melalui YouTube Live sebagai persiapan akhir menghadapi peperiksaan

300 calon SPM sertai Klinik SPM #HebatDalamExam melalui YouTube Live sebagai persiapan akhir menghadapi peperiksaan

SPM-clinic-3

Mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan besar seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tentunya sesuatu yang mencabar. Untuk membantu calon SPM 2020 mengulangkaji kertas Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, eKelas telah menganjurkan sebuah klinik peperiksaan khas melalui YouTube Live dari 6 hingga 7 Februari. 300 pelajar dari seluruh negara telah mengikuti tutorial langsung ini, yang menampilkan 3 guru tetamu termasuk Guru Cemerlang SPM yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 18 tahun.

Sepanjang empat jam dalam setiap sesi, pelajar sentiasa bersemangat dan mengambil bahagian dalam pelajaran interaktif dan membuat ujian latihan bersama-sama guru eKelas. Dengan tagline “Tanya Sampai Faham”, mereka didorong untuk mengajukan apa saja pertanyaan tentang topik tertentu yang dibincangkan. Guru-guru yang berdedikasi berkongsi segala-galanya dengan pelajar, dari petua tentang cara mendapat markah mudah dalam Kertas 2, hingga kaedah unik untuk memahami formula Kimia dan menghafal Jadual Berkala.

Beberapa pelajar dari kawasan terpencil juga berkesempatan menghadiri klinik SPM ini dari Pusat Internet Komuniti (PIK) berdekatan dengan rumah mereka. PIK ini berada di bawah jagaan Maxis yang menyediakan sambungan Internet dan komputer kepada pelajar yang tinggal di luar bandar untuk membantu mereka dalam pelajaran. Ini berguna terutamanya bagi pelajar yang tidak mempunyai akses ke komputer atau telefon pintar mereka sendiri. Bagi pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi langsung, mereka masih boleh menonton semula video di saluran YouTube Maxis eKelas dan merujuk nota yang diberikan oleh guru di segmen Hebat Exam di portal eKelas di www.ekelas.com.my.

#HebatDalamExam adalah kandungan khas terbitan eKelas yang mengandungi rakaman pendek tutorial langsung melalui YouTube, nota ringkas mengenai topik sukar, video penjelasan dan petua peperiksaan. Pelajar boleh mengaksesnya bila-bila masa di mana sahaja di dalam portal.

Guru Sains yang sangat bertenaga, menyeronokkan dan menarik dalam penjelasannya menjadikan pelajar aktif dalam kotak sembang sepanjang sesi
Sekumpulan pelajar sedang menghadiri klinik peperiksaan dari Pusat Internet mereka
Seorang pelajar sedang menggunakan komputer yang tersedia di Pusat Internet untuk mendapatkan tip peperiksaan dari guru eKelas semasa sesi klinik SPM ini

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Archives