MAXIS eKELAS
December 18, 2020 2021-02-26 5:33MAXIS eKELAS
Membawakan Pembelajaran Digital kepada Komuniti
Maxis eKelas
eKelas adalah sebuah program komuniti utama Maxis yang mengarusperdanakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah ini membawa pengayaan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan ceria melalui penyediaan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Maxis bersama MCMC di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman, dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelaksanaan di sekolah.
Pelajar kami didedahkan kepada suasana e-pembelajaran yang menyeronokkan & ceria bersama dengan sukarelawan Maxis melalui

Bengkel drama dan esei bahasa Inggeris

Kem percutian eKelas

Klinik peperiksaan

Bengkel keselamatan internet dan sesi motivasi
Misi Kami
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Maxis bersama MCMC di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman, dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelaksanaan di sekolah.

Misi kami adalah untuk menyokong generasi akan datang bagi mencapai kecemerlangan akademik menerusi pendidikan digital dan memupuk pembangunan minda dan kemahiran untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dan berkembang maju pada masa akan datang.
Melalui hab digital ini, kami menawarkan:
- Tutorial dalam talian secara langsung oleh guru berpengalaman
- Aktiviti pembelajaran digital bersama pengurus komuniti portal
- Kandungan peperiksaan terutamanya untuk UPSR, PT3 dan SPM
- Kandungan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5
Bagaimana eKelas membantu anda?
Jom belajar sama-sama
Kami bantu anda belajar melalui tutorial dalam talian secara langsung, video penerangan dan nota padat untuk jadikan anda semua HebatDalamExam, dan beri anda peluang untuk sertai banyak aktiviti menarik dan seronok di luar kelas.

Jom belajar sama-sama
Kandungan dalam portal ini boleh dijadikan bahan rujukan untuk anda gunakan di dalam kelas bersama pelajar. Pantau aktiviti mereka, berkomunikasi dengan pelajar dan lihat perkembangan mereka.

Jom belajar sama-sama
Lihat bagaimana anak anda belajar dan berkembang melalui pelbagai aktiviti dan latihan. Anda juga boleh belajar melalui kandungan khas yang eKelas sediakan untuk semua!

Fakta eKelas





TESTIMONI

John Mackwin anak Michael
SMK Kg Taee, Serian, Sarawak
Cik Alice
Pengetua, SK Puak, Bau, Sarawak